Tuesday, September 20, 2011

Cerpen Frust Menonggeng: Jedah Jumpa Bomoh



          Jedah adalah seorang suri rumah tangga. Dia mempunyai seorang anak lelaki bernama Hussain. Hussain berumur 17 tahun dan akan menghadapi peperiksaan SPM dalam masa 5 minggu. Hussain ini seorang budak yang pemalas. Dia kuat ponteng sekolah dan menghabiskan duit dan masa di Cyber CafĂ©.
          Jedah dah banyak kali nasihatkan Hussain untuk belajar rajin-rajin supaya boleh menjadi ‘Orang Besar’ satu hari nanti. Namun, nasihat-nasihat Jedah sering dihiraukan. Hussain memang degil. Dah lah degil, pemalas pulak tu, kalau hensem takpe!
          Jedah sebagai seorang ibu, mempunyai naluri seorang ibu. Dia tak sanggup melihat anaknya gagal dalam kehidupan. Setiap kali sebelum tidur, Jedah bayangkan Eton bercakap “Jedah, anak aku dapat 8A untuk SPM! Bangga betul aku! Hussain dapat berapa?”
          Eton memang suka cari gaduh. Tapi Jedah tak akan gaduh dengan Eton kerana mereka berjiran. Tak baik gaduh dengan jiran. Lagipun, Jedah selalu mencuri guna WiFi dari rumah Eton. Jedah membuat keputusan untuk mengguna jalan senang. Jedah nak jumpa bomoh.
          Dia menelefon seorang bomoh yang agak berkaliber di kampungnya. Tok Bomoh Isa.
          “Saya perlukan pertolongan, Tok Bomoh.” kata Jedah.
          “Eh, can. You come to my house tomorrow around-about 10 in the night.” kata Tok Bomoh tersebut. Tok Bomoh Isa ni pernah belajar di United Kingdom semasa dia muda. Di situ, hatinya dilukai oleh seorang pelajar Indonesia yang memukau Tok Bomoh dengan sihirnya yang power. Sampai sekarang, hatinya masih terluka.
          Keesokan malamnya, Jedah pergi berjumpa dengan Tok Bomoh Isa. Seperti yang dijanjikan, Jedah membawa sekotak rokok Sampoerna merah untuknya.
          “What is your hajat to come to cari my pertolongan?” tanya Tok Bomoh Isa.
          “Tok… Anak saya ada peperiksaan SPM.” kata Jedah.
          “Okay, I know what you mahukan. But, you must follow my syarat, okay karaoke?”
          “Okay… Okay, karaoke.”

          Beberapa bulan berlalu selepas itu, Hussain mendapat keputusan yang sangat cemerlang. 9A.
          “Ibu… Hussain dapat 9A, ibu. Terima kasih kerana bersabar dengan Hussain. Walaupun Hussain belajar last minute tapi, Alhamdullillah, cemerlang jugak keputusan Hussain, ibu. Ampunkan segala dosa-dosa Hussain dekat ibu. Hussain berjanji akan bekerja lebih keras untuk masa yang akan datang.” kata Hussain kepada ibunya.
          Hussain menyiram air ke atas kubur Jedah dan sekali lagi menyedekahkan Al-Fatihah kepada ibunya.

22 comments:

The Man said...

betul punya tonggeng ending dia kan. anti-climax tahap dewa. kejam

weed something out said...

ok. klimaks yang menarik

Aku Ibu Muda said...

nyawa ditukar dgn kejayaan???

J. Abdullah said...

Takpelah korban untuk anak.
Ke tak?

Anwar said...

wOw. ending terbaik!

Huzaifa Zahri said...

hahahaha...

Shahrul Tanaka Safeai said...

pehhh deep betul cerpen ni. berubah setelah ibunya tiada.

afiqah nordin said...

dah habis ke ada smbungan lg ni?
kenapa jedah mati?ituke syaratnye?

brat2104 said...

apa syaratnya?

Anonymous said...

x fham la bro..mak dier mninggal.pastu?

Anonymous said...

x fham la bro.mak dier mninggal.pstu?

sizuka said...

alaa.apsal si jedah tue mati... iskkk..ceciterr...

Eyka said...

sedih -.-

Hadi said...

The man, anti-climax la best...

weed, hehe. thanks.

ibu muda, yup. kesian kan?

J, korban untuk anak, yes.

anwar, hehe. thanks!

huzaifa, huhuhu...

shahrul, thanks! haha

afiqah, yup...

brat, nyawa....

anonymous, up to you lah. rasanya apa jadi...?

sizuka, itu you fill in the blanks. hehe

eyka, tu la pasal..

jejaka anggun said...

mak dia meninggal sebab terkejut dia pass spm kan?

Hadi said...

Jejaka anggun, betul!

Anonymous said...

procrastination lorh error in typing asenya ;)

p/s: as a reminder

ayen =D said...

hahaha kasi gembira ketawa betul la jejaka anggun punya hipotesis!

hadi.. i like!

Suraya said...

dah baca last comment, baru tau knp mak dia mati:). best!

Anonymous said...

wow unexpected ending larrrrrr :'(

zotzawson said...

Salute lah cerita ni.

ctfza said...

Hmmm..kesian mak dia..mnta prtolongn dgn bomoh..prcaya karut marut.. Mati xtau smpat taubat ke tak..hurmmm..