Thursday, July 28, 2011

#fail. (Cerpen)

Cerpen ini tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang dah mati. Rekaan semata-mata. Cuma mungkin nama account jela kot yang ada persamaan dengan realiti. Selain tu, semuanya rekaan semata-mata. Faham?

Satu hari di dunia Twitter...

Deen: Wah. Bosannya!

KuQ: @Deen Jom la lepak!

Deen: @KuQ Siapa engkau?

KuQ: @Deen Hamzah la! Siapa lagi?!

Deen: @KuQ Apesal display pic engkau gambar Shin Chan?

KuQ: @KuQ Sebab Shin Chan comel. Jom lepak! Aku kat Central Market ni!

Deen: @KuQ Engkau tag diri sendiri la, bro... #fail

KuQ: @Deena Fail! #LOL Hahahaha!

KuQ: Alamak, typo pulak. Sorry @Deena @Deen

Deena: @KuQ @Deen Tak berhati perut betul! Engkau gelak aku fail exam aku??! Kejam!!

KuQ: @Deena Sorry, Dina. Tersilap tag orang. Saya nak tag kawan saya, @Deen

Deen: @KuQ Hahahahahahaha!!!!!

KuQ: @Deena Cibai....

KuQ: @Deena Alamak!!! Sorry, Dina! Saya tersilap tag lagi! Sorry! Sorry sorry sorry!!!

Deena: @KuQ Pergi MAMPOS!!!!!!!!!

KuQ: @Deen Aku salahkan engkau. Semua sebab spelling nama engkau.

Deen: @KuQ Nama aku Din. Spelling glamour la aku guna. Engkau Hamzah. Mana dapat KuQ tu?

KuQ: @Deen Ku Q = Ku kiu = Ku kiut = Aku kiut = Aku cute

NaimRais: @KuQ Tak reti guna button Reply ke, bro? @Deen

KuQ: @NaimRais Belum pro lagi...

NaimRais: @KuQ Instead of typing nama orang yang kau nak tweet tu, klik je Reply. Takdela tersalah tag.

KuQ: @NaimRais Tak biasa la.

NaimRais: @KuQ Apebende yang tak biasanya?! Senang je kot!

KuQ: @NaimRais Entah! Tak biasa la!

NaimRais: @KuQ Bukan susah pun, brader. Lagi senang la. Bodoh la lu... Weh! Jom pegi CC main Call of Duty! Aku rindu tengok engkau mati kena C4!

KuQ: @NajibRazak Lu ni orang yang paling kurang ajar gua follow kat Twitter tapi lu hebat main C4. Gua respek.

KuQ: @NajibRazak Alamak... Maaf, tuan.... Silap tag!

Deen: @KuQ Klik Reply. Tak payah susah2.

KuQ: @Deena Takpe la! Aku delete account Twitter aku jela! Pening kepala aku.

Deena: @KuQ Delete la!!! Ingat aku kisah???!!!

TAMAT

15 comments:

fatin syahirah :) said...

haha. ni mesti kes newbie twitter. keh keh keh. lawak je :)

Mama Zara said...

errrrrrrrr....

ENCIK TIKUS said...

pening aku baca. kahkahkah

hanaahmad said...

hahahahaha....aku rasa aku pun bodoh sket bab twitter ni....lawak seh.

ainie syeema said...

hahahaha.gelak guling2

Hadi said...

fatin, yup! haha! thanks!

mama zara, ummm....

Encik Tikus, kalau pening kasi adjust brightness PC anda. hehe.

hana, takpe! aku pun tak pandai dulu masa baru start! sekarang dah pangkat Leftenan dah kat Twitter.

ainie, terima kasih! tak pening ke guling-guling?

Nadia Fathin Syahira said...

funny :)
made me smile!

AfiqahAR said...

boleh saya lempang Kuq?

annahojnilede said...

hey do u have fb had??mind if i add u?? :)

Anonymous said...

saudara ada twitter ke?

blognizamlah said...

http://blognizamlaa.blogspot.com/2011/08/salam-lebaran-edisi-ziarah-raya-blogger.html#comments

Hadi said...

Nadia, thanks!

Afiqah, sila sila...

Anna, FB agak personal for me la... Kat Twitter la kalau nak sembang2 ! @hadimohdnor

Anonymous, ada. @hadimohdnor .

erleena said...

hahaha xpena men, tp bce nie nasib paham haha lawaks!

ika said...

aku suka equation KuQ tu hahahaahhaha gelak guling2 XD

~fiOnAbEE~ said...

hahahahahaha!!! good one!