"Hai, awak." kata kucing jantan itu dalam bahasa kucing (bukan Kuching).
"Eh? Lama tak jumpa. Sihat ke?" tanya kucing betina.
"Sihat. Sihat. Awak?" tanya kucing jantan.
"Macam itu jela." jawab kucing betina.
"Awak... saya rindu dengan awak." kata kucing jantan.
"Awak... saya mengandung." kata kucing betina.
"HUH?! Anak siapa?!" marah kucing jantan.
"Jangan lah marah... Anak Alfonso..." jawab kucing betina.
"Alfonso?! Awak... kenapa awak buat macam ni? Saya rindu awak sangat-sangat sampai boleh mati, tau tak..."
Ironinya, pada waktu itulah kucing jantan itu dibaham oleh Azman Sang Serigala.
"Alamak." kucing betina itu lari.
Azman Sang Serigala telan tanpa mengunyah kucing jantan itu. Memang rasanya lazat. Tetapi kalau ikutkan rasa, Azman Sang Serigala lebih suka makan ayam. Fuh. Ayam mentah memang lazat. Tetapi ayam-ayam di Kampar sukar untuk ditangkap. Reban-reban ayam di Kampar hampir semuanya dijaga oleh saka.
Selesai Azman habiskan kucing jantan itu (yang mati dalam keadaan gersang), dia teruskan tugasnya untuk mengganas Kampar. Dia berjalan seperti manusia biasa kerana serigala jadian selalunya menyerupai manusia campur serigala. Tapi badan berbulu.
Sedang dia berjalan dengan selamba, tiba-tiba dia ternampak seorang perempuan berbaju kebaya sedang berdiri di tengah jalan. Perempuan itu memberi senyuman yang sangat manis kepada Azman. Ya. Kepada Azman. Dengan tiba-tiba, Azman kembali menjadi manusia.
"Azman?" panggil perempuan itu. "Marilah sini."
"Apa dah jadi kepada saya?" tanya Azman.
"Aku dah sembuhkan engkau, Azman. Marilah." kata perempuan itu.
"Macam mana engkau kenal aku?" tanya Azman.
"Azman..." senyum perempuan itu. "Aku kenal semua orang di sini."
"Oh... Terima kasih. Siapa engkau?"
"Nama aku tak penting. Mari sini." Gadis itu mendepakan tangan. Azman memeluk gadis, masih dengan rasa terkejut campur lega campur stim.
"Azman?"
"Ya?"
"Maaf."
"Kenapa?"
Taring gadis itu menyusuk masuk leher Azman. Darah terpancut dari lehernya. Azman memegang lehernya cuba menahan pendarahan yang banyak. Penglihatannya kabur. Azman rebah.
BERSAMBUNG...

2 comments:
walaupun rasa macam mengarut tapi masih nak baca dan kenapalha bersambung lagi? hoho~
seriously???
please masukkan watak lelaki hot jadi pontianak dan buat gigitan cinta dekat i, plishhh?? yang hot dan kacak SAHAJA. haha. :p
Post a Comment