Wednesday, June 1, 2011

K-Town Ep. 1: Eksiden

Di pekan yang sunyi dan indah Kampar, tinggal seorang lelaki bernama Azman.

Azman bekerja sebagai chef... di McDonald's.

Dia hanyalah orang biasa. Tiada apa-apa tentang dia yang menakjubkan (kehebatannya bermain permainan video Call of Duty: Modern Warfare 4 tidak diambil kira). Dia tidaklah se'hencem' mana, tetapi dia tak hodoh. Dia taklah sekaya mana tetapi dia tidak miskin. Faham tak? Dia ni seorang watak yang membosankan.

Tetapi bila tiba pukul 12 malam, dia bertukar menjadi serigala. Ya, Azman, chef di McDonald's yang biasa-biasa je itu sebenarnya seorang/seekor Serigala Jadian. Azman memang pandai berahsia. Tiada siapa tahu tentang keadaan Azman kecuali ibunya, bapanya, adiknya, saudaranya, jirannya, jirannya punya awek, jirannya punya awek punya kawan, jirannya punya awek punya kawan punya kakak yang agak hot dan seorang pemandu teksi yang sangat malang.

Kehidupan Azman sebenarnya agak normal. Petang-petang dia bekerja sebagai... ehem... chef (!), waktu malam dia menggari tangannya kepada paip besi di atas bumbung rumah pangsanya untuk menahan dirinya daripada mengganas. Okay, kehidupan dia tak berapa normal, sebenarnya. Aku baru perasan.

***
Pada satu petang Ahad yang sebenarnya hari Khamis, Azman dan rakan sekerjanya, Shamsul, menunggang motor sampai ke Cameron Highland kerana mereka nak beli teh stroberi. Sedap wo. Azman tidak mempunyai kenderaan kerana rumah pangsanya dekat sahaja dengan tempat kerjanya, McDonald's yang baru dibuka tu. Kampar memang nampak luas. Nampak je luas tetapi tak luas sangat. Kampar memang kuat menipu pun.

Aku tengah cakap pasal apa huh tadi? Oh, ya...

Selepas selesai tugas mereka yang diberi oleh nafsu yang mengidamkan teh stroberi (masa juga terbuang dengan sesi fotografi), mereka ciao balik ke Kampar. Jam sudah pukul 11 malam tetapi Azman tak risau kerana Shamsul bawak motor laju macam orang gila. Shamsul pecut jalan lengang yang dekat sahaja di Kampar. Lampu trafik kelihatan memancar cahaya hijau.

"Sempat tak?" tanya Azman yang sedang duduk di belakang Shamsul.

"Sempat." jawab Shamsul, menumpukan segala tenaga yang ada di tangannya kepada handle motornya.

Lampu trafik bertukar menjadi kuning.

"Sempat lagi ni!" kata Shamsul.

Bertukar menjadi merah.

Ke-De-Ba-Bom.

Itu bunyi eksiden. Mereka melanggar lampu merah, bukan dari segi kata kiasan tetapi dari segi fizikal. Ya. Mereka terlanggar lampu trafik itu. Tragis sungguh kematian lampu trafik itu.

Shamsul membuka matanya. Kepalanya rasa berat. Dia terbaring di atas jalan tar yang panas itu. Shamsul cuba untuk berdiri, tetapi gagal. Lebih selesa bila baring di atas jalan tar.

"Azman?" panggil Shamsul. "Azman, engkau dah mati ke?"

Tiada jawapan daripada Azman. Shamsul berjaya mengumpul tenaga dan bangunkan dirinya. Pelik. Tak banyak darah. Rasa sakit adalah di sana sini tetapi tidak berapa pedih.

"Azman?" panggil Shamsul. Tiada jawapan. Shamsul melihat jam tangannya.

Pukul 12.20 malam.


BERSAMBUNG...

6 comments:

Mindy said...

hahaha omg you completely made my day

una berry said...

ala...bersambung la plak

pinafore purple said...

what happened??

omg!

i curious gile kot Hadi. :)

cik amar said...

kemain bersambung-sambung.. okey aku tunggu..

Hadi said...

Thanks, Mindy! Haha!

una, tu la pasal. Apa punya blog la macam ni...

pinafore, Haha! Ni ha, nak post Ep. 2 la ni.

cik amar, ha... sambung-sambung la stail!

xuelia said...

HAHA..finally ko buat jgk cite baru..