Wednesday, May 18, 2011

Saya 'Salesman' Sekarang.

Sorry la, aku agak sibuk kebelakangan ini. Susah nak update blog. Dah la sekarang aku menjadi intern untuk syarikat FIXI

So, inilah produk-produkFIXI yang wujud sekarang.


PECAH oleh Khairulnizam
Bakeri

Harga: RM20

Sinopsis:

Bank CIMB Shah Alam simpan harta. Herman, Alan, Radi dan Don sempat lari dengan wang. Namun Alan ditembak pengurus bank. Parah. Mereka sepakat ke hospital.

Rumah Seri Memori simpan warga emas. Bakar - sang penghuni dimamah dosa- tiba-tiba tumbang. Hilang sedar. Lidya -sang jururawat - dan Dr. Vivian gegas bantu. Mereka sepakat ke hospital.

Hospital Tengku Ampuan Rahimah simpan nyawa. Alan di wad kecemasan. Bakar di wad lelaki. Herman-Don-Radi mahu cabut namun terbantut. Kereta kan
das, sedang inspektor Paul tiba pantas. Pintu pagar hospital dikawal, mereka perlu cari akal.

Herman-Lidya cinta hati. Dalam denyut debbar Herman; di celah kerunyut gebar Bakar; satu-persatu kisah terpokah. Satu-persatu PECAH.


CEKIK oleh Ridhwan Saidi
Harga: RM18

Sinopsis:

Tahun 2020, di Bandar. Warith, pemuda berusia 16 tahun, menerima berita pembunuhan bapanya di Kampung melalui telefon. Imbas kembali Warith sewaktu kecil menonton video porno milik bapanya. Warith kini bersekedudukan dengan teman wanitanya Suria, yang berusia 32 tahun. Dari jendela apartment mereka, Menara Warisan Merdeka kelihatan agam.
Warith pulang ke Kampung dengan Suria. Di kawasan perkuburan, mereka didatangi Detektif Anthony, yang pernah mengenali Suria sewaktu sama-sama gila-gila remaja. Mereka kemudian ke tempat pembunuhan, di mana beberapa rahsia lain akan terbongkar.

CEKIK ialah hidangan pascamoden yang memeranjatkan. Ia mengajak kita merasai apa itu nafsu, apa itu kota, apa itu mi Maggi, McDonalds, khutbah, tudung dan juga liwat.

KOUGAR oleh Shaz Johar

Harga: RM20

Sinopsis:

Kisha wanita moden yang konfiden dan bahagia dengan kerjaya dan kehidupan sosialnya. Berumur 40 tahun, dan masih bujang.

Ibunya di kampung mahu menjodohkannya dengan seorang duda bergelar imam. Tetapi minatnya lebih cenderung kepada anak muda berusia 25 tahun bernama Azril, yang bekerja di pejabat yang sama.

Tetapi Kisha kekadang impulsif. Tanpa disedari, dia telah menerima undangan dari seorang Datuk untuk keluar berhibur di karaoke. Dari situ, mereka akhirnya terlanjur. Apakah kecuaian Kisha itu dapat dirahsiakan atau akan ada impak yang terjadi di dalam jangka panjang nanti?

KOUGAR tidaklah seganas mamalia yang memburu di rimba. Tapi jika dicabar, tanpa segan-silu dia akan mengaum dan mencakar!

DENDAM oleh Affifudin Omar

Harga: RM20

Sinopsis:

Khalil Gibran seorang billionaire yang mempunyai ramai kroni dalam bidang politik, jenayah dan penguasaan. Ramai wanita ingin menjadi miliknya, walau bergelar simpanan — dan Khalil Gibran memenuhi setiap impi mereka.

Dia mula menjadi zalim dan ganas apabila dia melihat kekejaman yang pernah dilakukan ke atas ayahnya. Kariernya bermula sebagai anggota keselamatan yang terkenal dengan teknik interogasi yang ekstrem. Kemudian, kejayaan awal empayar bisnesnya adalah melalui cara-cara haram.

Tetapi dia mula insaf apabila hatinya mengenal kasih sayang dan cinta. Sifat kemanusiaan rupa-rupanya masih wujud dalam dirinya. Khalil Gibran ingin menjadi manusia baru. Berjayakah dia lari sepenuhnya dari sifat lamanya? Atau apakah DENDAM akan terus bertakhta?

~

Ingat senang ke nak upload semua gambar-gambar buku ni? Jika anda berminat untuk membeli mana-mana atau semua buka ini, contact aku:

hadimohdnor(at)gmail(dot)com

Kalau anda tinggal di kawasan Lembah Klang, boleh di-arrange untuk kita bertemu... untuk beli buku FIXI la. Kalau rajin sampai ke SS15 Subang Jaya lagi bagus. Senang sikit kerja aku.

Ataupun kita jumpa di mana-mana event di mana aku menjual buku-buku ini seperti event Himpunan Sejuta Belia di Putrajaya tak lama lagi. Klik sini untuk maklumat lanjut.

Klik sini jika anda lapar.

Oh, ya. Sebelum aku terlupa, aku nak bagitau korang... hmmm... uh... takpe la, dah lupa dah.

Beli buku-buku FIXI, bukan basikal hispters (fixie).

8 comments:

bukanputeriraja said...

pandai anda buat sinopsis yg selalunya bosan, jadi menarik.haha.

etyty said...

alah.. can't make it la tat day.. huhu.. bru nk jmpa hadi.. =(

EZAN IDMA said...

wah menarik. online ade?

Hadi said...

bukanputeriraja, haha! bukan saya yang tulis sinopsis! sorry :P

etyty, ada banyak gila lagi events. jangan risau!

ezan, ada! pergi ke laman web diorang! fixi.com.my

pinafore purple said...

macam menarik. which one the best yang you boleh recommend-kan, hadi? :)

Hadi said...

pinafore, saya recommend kan PECAH. feveret!

pinafore purple said...

ok, boleh i beli dari u tak, hadi? macam interesting pulak buku-buku ni. :)

Hadi said...

pinafore, boleh! sila e-mail hadimohdnor@gmail.com