Friday, April 29, 2011

FIXI

Apekebendenya Fixi ni?

Fixi ini adalah satu syarikat penerbitan novel Melayu yang bertemakan urban dan kontemporari. Diorang ni power sikit. Cadang nak terbit satu buku setiap bulan. Syarikat ini, kepalanya adalah Amir Muhammad (penulis 'Rojak').

Ini ha, website diorang. Klik!

Setakat ini, FIXI telah terbit tiga buku iaitu PECAH oleh Khairulnizam Bakeri, KOUGAR oleh Shaz Johar dan CEKIK oleh Ridhwan Saidi.

Korang, kalau minat nak tulis novel untuk FIXI, inilah syarat-syaratnya:

1. 60 000 patah perkataan (lebih kurang)

2. Bertemakan urban dan kontemporari. Bahasa slanga dan celupar digalakkan untuk diguna tapi tak diwajibkan.

3. Judul harus satu perkataan sahaja

4. Fikir 'pulp' bukan 'plup'

Kalau minat, boleh lah bincang lanjut Emel ke:

bukufixi@gmail.com (Amir Muhammad)


Aku buat internship aku kat FIXI ni so, kalau ada event apa-apa oleh FIXI aku akan post kat blog ni. Okay? Okay, karaoke okay.

Join Facebook group FIXI jugak kalau rajin.

4 comments:

Den Cdo said...

kalau tuleh pasal cerito askar boleh ko?

Hasif Hamsyari said...

wah... cam best je. nak try ar. ^^

Anonymous said...

hoho

Hadi said...

den cdo, boleh kot. tengok la, kalau cerita itu berunsur urban...

hasif, try la!

anonymous, hehe