Ahmad Darth Vader akan dibesarkan di rumah banglo aku di planet Marikh (Tahun 2020 mungkin akan wujud kapal terbang ke planet Marikh) di mana Ahmad Darth Vader akan menghabiskan masa lapangnya bermain layang-layang dan memancing Gurgonigoo (spesis ikan di planet Marikh yang aku rasa wujud).
Kami akan makan Gurgonigoo Masak Merah malam itu dan aku akan tanya anak aku "Best main layang-layang?"
Dia akan jawab "Best."
Kemudian kami akan menonton televisyen yang terapung di udara. Aku akan mengamuk sebab remote control hilang, Bini aku (Jessica Alba atau Tara Reid) akan jumpa remote control yang disorokkan oleh haiwan peliharaan kami, Genghis Khan. Genghis Khan adalah seekor beruang bermata 12.
Kami sekeluarga akan menonton rancangan Maharaja Dewa Gila Babi (Tak) Lawak sehingga Ahmad Darth Vader mengantuk. Bini aku (Jenny Lee Lindberg atau Jennifer Lopez) akan mendukung Ahmad Darth Vader masuk bilik tidur.
Bila hanya tinggal aku dan bini aku (Lindsay Lohan atau Lisa Surihani) di dalam ruang tamu, aku akan mainkan muzik romantis di radio dan malapkan lampu. Kami akan duduk rapat-rapat, kongsi satu selimut... dan bermain Call of Duty: Black Ops dekat PS3.
Kami akan tidur pukul 14 pagi (Waktu Marikh).
Keesokan harinya, aku akan membawa Genghis Khan bersiar-siar. Genghis Khan akan cuba membunuh aku (sebab aku selalu terlupa tarikh lahirnya), jadi aku terpaksa membunuh dia dulu. (Tahukah anda?: Beruang akan mati jika anda pancung kepalanya dengan gergaji)
Aku akan sedih kerana Genghis Khan mati. Isteri aku (Asa Akira atau Margaret Thatcher) akan memujuk aku. Ahmad Darth Vader akan menangis satu malam tanpa henti kerana Genghis Khan adalah kawan rapatnya (aku tak kisah anak aku nak berkawan dengan seekor beruang bermata 12 sebab aku tak racist).
Keesokan harinya, aku akan membeli seekor jerung darat yang hanya wujud di planet Marikh (Anda boleh beli Jerung Darat dengan percuma dengan menggunakan baucer Jerung Darat 1Marikh). Aku akan menamakannya Winston Churchill.
Dan, harap-harap, Winston Churchill dapat menjadi kawan baik Ahmad Darth Vader.
Ni gambar Sharktopus. Jangan risau. Binatang ini hanya makan wanita-wanita hot pakai bikini atau lelaki tak hensem yang mabuk.
Ini bukan jerung darat yang aku maksudkan.

